Perlindungan Data
Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.
Keselamatan Storan
Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.
Kerahsiaan Data
Semua maklumat dalam sistem ini adalah tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88) dan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709).
Maklumat tersebut tidak akan didedahkan atau dikongsi atau dimanipulsi oleh mana-mana pihak (ini termasuk pihak penyelidik) tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Agensi-agensi Kerajaan dan TASKA, TABIKA dan TADIKA yang berkenaan.
Dapatan kajian akan dikongsikan bersama pihak agensi yang terlibat
Capaian sistem
Anda perlu berdaftar menggunakan nombor kad pengenalan masing-masing. Oleh yang demikian, sebarang pekongsian akaun adalah tidak dibenarkan.
Jawatankuasa Pemandu
Semua data dalam sistem ini akan dipantau oleh Jawatankuasa Pemandu yang dianggotai oleh wakil agensi yang terlibat. Semua data dalam sistem ini akan diguna pakai dalam kajian ini. Justeru itu, adalah menjadi tanggungjawab pengguna untuk memastikan data yang terdapat dalam sistem ini benar (maklumat peribadi) dan lengkap.